أنا مجاهدة ツ
Tahun Melawat Terengganu 2017
Sunday 20 November 2016 • 07:00 • 0 comments

Image result for assalamualaikum comel

Image result for tahun melawat terengganu 2017
Moh kita ke Terengganu!

Tahun 2017 telah diistiharkan sebagai Tahun Melawat Terengganu 2017 selepas kejayaan Tahun Melawat Terengganu 2013 yang lalu.


Teringat waktu percutian yang lepas,seingat waktu tu bulan 5 rasanya. Percutian dengan cikgu-cikgu Taski (waktu ni still kerja bawah TASKI ABIM) and setiap perbelanjaan ditanggung sepenuhnya daripada makan, penginapan, pengangkutan dan semuaaaaanya lah. Dan kami pergi ke........PULAU TERENGGANU!  Dan di sana, sangat best! Nak tahu apa yang ada di sana?
Destinasi Pulau Terindah : PULAU PERHENTIAN~





DATANG, JANGAN TAK DATANG!


alkisah kepelikan manusia
Sunday 10 May 2015 • 04:15 • 0 comments





السلام عليكم ورحمة الله وبركته


manusia ni kadang kadang boleh jadi makhluk paling pelik dekat dunia ni tau.
nak tahu kenapa? 

okey lah aku bagi satu situasi.


contoh kalau ada sorang budak nangis.
kalau kita suruh dia berhenti menangis, makin kuat dia menangis. betul?
tapi bila kita suruh, "ha, nangis la lagi, nangis kuat lagi. biar dia, lantak" .
confirm 600% budak tu berhenti nangis >.> 


weirdo.


And manusia jugak boleh jadik makhuk  yang paling tak faham bahasa. orang tak suruh buat, dia buat.
bila suruh buat, taknak pula buat -.- 

bila disuruh solat, taknak solat.
tak disuruh pula dedah aurat, tapi menonong je tayang sana sini 


*ops, maafkan saya* 


tapi inilah hakikat manusia zaman sekarang t_t
tapi aku yakin lah korang korang yang kat sini tak buat macam "golongan manusia" diatas kan. 
minta dijauhkan. nauzubillahi minzalik ~



begitu lah alkisah kepelikan manusia yang boleh aku rumuskan. hiks. kbye. 

saat paling gelabah
Wednesday 29 April 2015 • 07:18 • 0 comments




السلام عليكم ورحمه الله وبركته 


ceritanya bermula...

26/4/2015 (i dont know la tarikh ni betul atau tak, lol ) : 

Dapat tahu and dah keluar jadual pun yang hari rabu (29/4/2015) kena buat presentation untuk Pengajian Am. Memang time ni slide untuk present nanti dah siap seratus peratus pun.  

Lepas tu , yang nak dijadikan ceritanya...



28/4/2015 ( sehari sebelum hari kejadian) : 

Malam  tu, bukak laptop. Kononnya nak sediakan ayat untuk present nanti.
Time buka laptop tu, elok lah takda masalah pun. 
dan kemudian, benda normal la kan yang laptop ni akan sleep tiba tiba kalau kita lama tak usik laptop. ok lah, aku biarkan.
em lepas tu , nak tengok ayat dekat screen .
try la touch pad ni. laptopnya takmau tunjuk screen (kira "sleep" sungguhlah laptop ni) 
huwargh, rasa nak nangis kot benda laptop tak boleh bukak. walaupun aku try on-off laptop ni, try bukak pakai charger (tak on jugak, geram gua) 

ok , aku try calm down. aku tutup laptop tu. simpan dalam begnya. 
mengharap sangat yang esok bila aku bukak laptop tu akan bernyawa balik.
malam tu, tak tenang rasa nak lelap mata ni. memikirkan apa yang bakal jadi esoknya. T_T



tiba lah hari yang ''dinanti" kan sangat tu ~



29/4/2015 (hari kejadian ~.~)  : 

sebelum solat, cuba lagi bukak laptop tu sebab rasa tak tenang sungguh, bila kalau solat pun memang takkan khusyuk lah kan cerita dia. so aku pun bukak . (nabda'u bil basmallah). on suis, pandang screen *****hitam*****
masatu , memang aku fikir laptopnya dah hilang nyawa. haiyaakkk (serius rasa macam nak buat "kolam" air mata kat bilik tu) **rasa macam je kay, tak nangis lagi, lol. 

benda time tu dua perkara je aku fikir.
1) slide PA memang langsung tak copy langsung dekat pendrive. tapi teringat semalam member minta copy slide aku. so aku ingat dia still ada slide aku. ( tahu aku kurang cerdik sebab tak buat copy awal awal >.> ) 

2) macam mana gua mau cakap dekat ayah yang laptop ni tak boleh on . aaaaaaa~~ awal lagi ayah pesan "laptop jaga baik baik. biar guna sampai masuk U nanti" "okayyyy baik lah" . dan tiba tiba jadi benda gini. menggeletar kaki ni.


dah lepas tak boleh on tu, aku pun pasrah lah. 
bawak juga pergi sekolah. kot lah ada yang sudi menolong kan. tak perlu lah aku nak hadap ayah aku untuk bagitahu yang "laptop rosak" . 

pagi tu kat sekolah muka muram habis. cerita dekat member ***bla bla bla***
rupanya slide yg aku copy dekat kawan tu dia dah padam. merah dah mata.
aku ambil keputusan , pergi makmal komputer. BUAT BALIK ! 


then.....
belum sempat pun nak buat balik.
tetiba kawan serbu , "weh laptop dah boleh on" 
"kau ni serius ke"
"ye, dah boleh buka"
"macam mana pulak......."
"aku suruh ****** tengokkan kan laptop kau. on pakai charger ******" 
ohh okayyy, tq Allah :') 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

okay moral of the story is : 

- lain kali buat copy banyak banyak k. jangan nak mengada fikir laptop tu boleh hidup lama. even "masih bau kedai" sekali pun >.>
- jangan gelabah, kang benda semua tak dapat .
- syukur ada classmate yang nak tolong hidupkan laptop ni. sumpah terharu :') TQ Allah. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

cerita tak habis lagi,
aku dah ready nak present ni.
dalam jadual "kata" aku start pukul 11.30. 

pengumuman pertama, katanya mula lambat sikit. 8.30 tukar ke 8.45. 
okay, calon first, choon si lin (classmate) nak pergi present pukul 8.45. 
tak sampai berapa minit, dia patah balik ke kelas. 
katanya "presentation hari ini dan esok ditangguhkan minggu hadapan" 

aku tak tahu nak gembira ke nak sedih ke nak apa ke.
penat kot aku gelabah pagi tadi. (haha) 

ok takpa la yang penting "dimana ada kesulitan, disitu ada kesenangan" 
(budak agama memang ceni, habis keluar dia punya sub topik syariah, ngehehehe)


"Alhamdulillah for everythings" 

Monday 13 April 2015 • 08:47 • 0 comments



السلام عليكم ورحمة الله وبركته


"Jangan terkejut nanti kalau aku dapat pergi oversea dengan sijil STPM aku ni"


Buat adik adik yang bakal masuk Pra-Universiti tu jangan lah sedih sangat. Bukan teruk pun jadi budak pra-u ni pun. awak tak dapat masuk U bukan sebab awak ni tak layak, cuma anggap je lah awak ni takda rezeki ya~ ada hikmah kot. Relax je lah. Allah tahu apa yang terbaik buat kita. so kita just follow the flow. 

and jangan lah fikir jadi budak form six ni low class sangat. eh, better tau awak ambil form six dari awak ambil diploma yang berjela sem nya tu. ( kalau dapat U yang bagus just go on je la, haha)

Pra-U sekarang bukan macam dulu ( yang dulu tu gaya stpm dah macam gaya budak spm. belajar setahun setengah straight then exam sekali macam spm). ehem, dah nama pun Pra-U, mestilah gaya pun macam U. ye tak? sekarang kan sistem baru. dah pakai sistem semester. baju pun dah boleh pakai casual. cuma bezanya awak kat sekolah. budak dip dekat uni. 

tapi serius talk lah kan,  stpm is more better lah daripada ambil diploma. nak lagi kalau tawaran yang awak dapat tu dari uni-uni swasta. hah! patut sangat ambil stpm je. bukan nak hasut ke apa. just pandangan je. first sebab awak boleh jimat masa belajar ( stpm setahun setengah, dip 3 tahun. tak ke jimat GILA tahap babun namanya tu? ) sekurangnya masa ambil degree tu umur masih muda lagi laaa (ahaks) 

ok tu satu. second, sijil stpm ni diiktiraf dekat luar negara tauuuuuuuu. em tak percaya? search sendiri laa dekat wak google ke. ( memang betul ni , serius tak tipu ) so kalau awak dapat pointer bagus stpm, dengan izin Allah boleh dapat pergi oversea dengan sijil stpm tu. yang penting pointer tu laaa. kalau belajar pun macam nak tak nak, oversea tah kemana , awak tah kemana. ( but tengok course juga laaa. kohkoh) 

nak lagi bukti? Ya Allah~ awak, nak bukti apa lagii. dh terang tang-tang stpm ni bagus. and lagi satu rahsia pasal stpm ni, sijil stpm lagi tinggi daripada sijil matrik. kan dah kata tadi sijil stpm siiktiraf dekat luar negara. matrik just sah untuk local je. kalau tak percaya minta laa belajaq luar negara guna sijil matrik tu confirm tak dipandang.

and lagi satu! awak beruntung kalau ambil stpm sebab awak boleh bermanja manja-an bersama cikgu terchentaaaa. kat u? jangan harap awak nak jumpa prof ke madam ke sapa sapa ke hari-hari. silap hari bulan, pensyarah tu just bagi tajuk je untuk assignment then bagi due date then awak buat laa apa cara sekali pun yang penting sampai dateline mesti hantar, pi lantak sana nak terkontang kanting ke tergolek golek ke masa buat assignment tu. kat sekolah, boleh lagi la cikgu bagi tunjuk ajar satu satu. atleast kita tahu cara nak buat something tu. takda la masa masuk U nanti merapu meraban masa buat assignment, tak ke? haa. cer fikir cer fikir.

 eh saya buat blog ni bukan nak hasut sesiapa ya. cuma nak bagi pencerahan sedikit jeeee pasal PPU ni ( program persediaan universiti ) . bukan apa, nak bagi clorox sikit otak tu bagi jangan fikir stpm ni low class sangat ye. and untuk yang sedang berduka cita tu sebab terpaksa masuk form 6 sebab tak dapat u tuuu. alaaa sama laa kita dulu pun taknak masuk form 6 ni sebab fikir macam form 6 ni ibarat dah takda pilihan lain dah. but bila dah masuk ni, not bad laa, pointer pun bagus (alhamdulillah lah) sekurangnya cita cita untuk masuk U tu boleh jadi pembakar semangat. supaya tak main main macam masa spm dulu. ye tak? 

semuanya terpulang pada diri laa. kalau kita ikhlas, ilmu pun ikhlas lah nak masuk kan. just yakin sajo lah. mana mana pun Allah letakkan kita, pada dasarnya sama aje. sebab Allah tahu benda tu yang terbaik buat kita. setakat ni saja lah. cakap banyak pun tak guna. haha. apa apa pertanyaan boleh rujuk pada laman web rasmi MPM/PPU lah ye. ( haha ) benda ni apa yang saya tahu lah setakat ni. kalau salah tu maap lah ye almaklumlah saya ni manusia. bukan malaikat *bersin* 

Jadi Fesi? Biar betul kau?
Thursday 8 May 2014 • 21:11 • 0 comments



Dah lama rasanya tak jenguk blog ni .
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update lagi.
*Walaupun tahu takde sapa yang nak jenguk baca entry ni :( 
Haha! Syahdu gila ayat kau lily!

Berbalik pada tajuk entri.
Fesi? Ramainya tanya; Apa tu fesi? Sejenis makanan ke? 
*Ha'ah , ianya sejenis makanan. Sedaaaaaaaaaap :D Nak rasa? -.-
Adeh, Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang saya kasihi sekalian,
Fesi ni atau nama panjangnya FACILITATOR adalah pemudah cara.
Haaaaa, pebenda pulop tu . Tercengang nampak. Haha.

Macam ni.. :)
Selalunya dalam satu program , mesti ada ketua program dan penolong kan?
Ketua tu selalunya orang panggil as MODERATOR.
Dan penolong tu pula adalah FACILITATOR ataupun pemudahcara.
Kat dalam satu program selalunya akan ada kakak-kakak, abang-abang fesi yang akan conduct adik-adik dalam LDK. 

*******

Jujur aku katakan,
Aku masih tak percaya yang aku akan jadi seorang Fasilitator.
Jujur aku katakan,
Aku bukan seorang insan yang ada ciri-ciri seorang Fasilitator.
Jujur aku katakan,
Aku bukan seorang yang pandai untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jujur aku katakan,
Aku bukanlah seorang yang pandai berkata-kata. Kadang tu gagap tahap tak ingat. Kadang tu susun ayat pun macam budak budak tadika.
Jujur aku katakan,
setiap orang boleh berubah. Dan salah satunya itu AKU :)


********

Disini lah bermulanya langkah aku,


Berkonsepkan DARE TO FAIL.
Langkah pertama menuju kemajuan.

LOOL FORWARD.
Kenapa aku patut gagal? Adakah gagal itu teruk? Apakah yang patut ada untuk berhadapan dengan kegagalan? Bagaimana kalau semua gagal? 
Percayalah, gagal bukan bermakna kau tak boleh berjaya. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin untuk berjaya. 
Dulu, aku pun pernah gagal.

Aku ingat lagi,
Waktu tu aku kem dekat satu kem Tahfiz ni dekat Kampar.
Selama SEBULAN.
Act, dah lama join kem tu sejak dari FORM1 lagi.
Tapi time FORM3, join lagi kem tu.
Tapi ada sedikit perubahan. Tetiba pulak kem tu ada buat slot LDK .
But LDK yang tu lain sikit. Takda kakak or abang fesi yang conduct. Mereka just perhatikan kami je. So yang conduct group sepenuhnya adalah..... KETUA KUMPULAN.
Dan...
Sangat bertuah lah nasib aku dapat jadi ketua untuk kumpulan aku.
Haha, apa mimpi tah depa pilih aku.
Takut? Gementar?
Choiii! Opkos laa. Adeh, tak pernah seumur hidup jadi ketua, tup tup jadi. 
And ditakdirkan juga, ada 'something' yang terjadi pada aku yang membuatkan aku TAKNAK DAH JADI KETUA. Masa tu aku rasa, aku tak mampu nak jadi ketua. Aku gagal! Tapi tu masatu...
Sekarang aku bangun.
Aku sedar,, tak selamanya aku akan gagal.

"Ada hikmah disebalik kegagalan"

FAILURE VALUES.
Berpegang pada prinsip ,
"Jatuh untuk bangun, gagal untuk bangkit, berjaya untuk bersyukur"
Ye, kegagalan adalah PELUANG untuk kita perbaiki diri :)


FEAR OF NO RESULT.
Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan.
"Sehingga anda mencuba, anda tidak akan tahu apa yang tidak boleh anda buat" (Kardinal John Henry Newman)


Buat apa yang kita suka, Suka juga dengan apa yang kita buat walaupun kita tak suka benda tu - Bro Hasz
Berani means kita buat apa yang kita takut. Itu BERANI - Bro Sham

Kalau Nak jadi kaya, jangan kedekut.
Surely,
what you give you get back.
The more you give, the more you get.
-Fasstrain-


*******
Kenangan untuk dibawa pulang~


First program as a facilitator
Mode: Bro Naim
First program W/ adik-adik group Kak Lily
SK Taman Universiti

SK Taman Melawati
Kem Hutan Rimba Ria
Mode: Kak Anne

SK Hicom, Shah Alam
Asli Adventure Base Camp, Hulu Langat
Mode: Abg Rafi










Sekian,
Wa billahi taufiq wal hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh~







Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back

Diary About Link Stuff


ع --the eleventh hour. "Don't turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others."


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Lily Azman